Monday, 24 October 2011

REFLEKSI SEMINAR

SEMINAR!!! Satu perkataan yang membuatkan semua orang gerun..apa 
tidaknya, banyak perkara yang perlu diberi perhatian untuk Seminar Nuklear dan Malaysia: Relevenkah Tenaga Nuklear di Malaysia. Selain itu, banyak juga kekangan-kekangan yang timbul. Contohnya, tempat untuk seminar tersebut. Dewan-dewan yang terdapat di UPSI banyak digunakan untuk peperiksaan bagi pelajar diploma. Nasib baiklah audi utama tidak ditempah lagi. Jadi, bolehlah kami adakan seminar tersebut di audi utama. Tambahan pula, semasa seminar, tidak ramai warga upsi yang datang. Sangat menyedihkan...terima kasih kepada pensyarah yang sanggup mengorbankan waktu P&P nya dengan mengarahkan pelajar-pelajarnya datang ke seminar kami. Namun begitu, ceramah yang diberikan oleh penceramah jemputan sangat menarik dan soalan-soalan yang ditanya oleh peserta-peserta juga sangat mencabar.Jadi di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian yang telah bertungkus-lumus untuk menganjurkan seminar ini. Kalau diimbas kembali, memang banyak sangat kecacatan pada majlis tersebut dan dari situlah kita dapat belajar sesuatu yang sangat berharga walaupun tidak nampak di mata.Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan semuanya...

Monday, 10 October 2011

REFLEKSI DEBAT

Dalam debat kita ada Yang di-Pertua Dewan (Hafiz), penjaga masa (Hasif) dan para pendebat iaitu wakil kerajaan (Tarmimi, Ain) dan wakil pembakang (Hanafi, Hafizah). Sebelum sesi debat bermula, seperti biasa Yang di-Pertua Dewan menerangkan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh pendebat-pendebat.Selepas itu, sesi debat dimulakan oleh wakil kerajaan. Melalui pemerhatian saya, wakil kerajaan lebih menekankan kepada kehabisan petroleum manakala pihak pembangkang pula banyak mengutarakan pandangan mengenai hidroelektrik. Pihak pembangkang bersetuju sekiranyan hidroelektrik dijadikan sebagai pengganti kepada sumber-sumber fosil di Malaysia berbanding tenaga nuklear yang boleh mengeluarkan radiasi. Di samping itu, jika dilihat dari segi lontaran suara dan cara perdebatan mereka, wakil pembangkang yang sepatutnya menang kerana mereka kelihatan lebih yakin. Namun begitu, saya tidak yakin dengan maklumat-maklumat yang disampaikan oleh pendebat pembangkang terutamanya mengenai isu keluasan tapak untuk membina loji nuklear. Menurut sumber-sumber yang saya baca, 100% mengatakan bahawa keluasan tapak untuk membina loji nuklear adalah yang paling kecik jika dibandingkan dengan hidroelektrik, tenaga solar, biomass, biogas dan sebagainya. Bagi wakil kerajaan pula, apa yang boleh saya katakan di sini adalah persediaan mereka kurang dan mereka juga tidak mempunyai fakta-fakta yang boleh membidas info-info yang diberikan oleh pihak lawan terutamanya mengenai hidroelektrik. Tambahan pula, pelbagai karenah daripada ahli dewan juga dapat disaksikan. Sangat melucukan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas kepada semua pendebat-pendebat yang telah bertungkus-lumus mengumpul maklumat untuk debat. Perdebatan anda sangat menarik dan ia adalah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan!

TAMAT

Alhamdulillah, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba! Debat dan seminar untuk Project Base Learning tamat! Sebenarnya debat sudah lama habis iaitu dua minggu lepas. Seminar pula minggu lepas. Walaupun persediaan untuk aktiviti-aktiviti sangat banyak dan bukan saya sahaja malah rakan-rakan yang lain pun penat, namun saya berasa sangat seronok. Banyak perkara-perkara baru yang dipelajari. Contohnya, membuat blog. Semasa cuti semester baru-baru ini saya terfikir untuk membuat wordpress dan apabila sudah mempunyai account tersebut, hanya first entry yang dipostkan di situ. Hal ini kerana saya tidak tahu bagaimana hendak menguruskannya. Namun begitu, melalui Project Base Learning ini, saya dapat belajar pelbagai perkara dan rasa-rasanya, saya akan terus menguruskan blog ini walaupun pembelajaran untuk semester ini sudah habis. Selain itu, saya berasa sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan ahli-ahli PhysicGroup01; Hasif (selaku ketua), Hafiz, Tarmimi, Kartika, Munirah dan Vivienne. Walaupun semuanya sibuk dan stress dengan kerja-kerja lain, namun semua ahli sangat komited dalam melaksanakan tugas masing-masing dan kami tetap membuat perbincangan. Semasa perbincangan juga kerap berlaku pertelingkahan pendapat tetapi daripada situ, kita dapat belajar untuk menghormati pandangan orang lain. Melalui kerja berkumpulan, ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Jika sebelum ini ada ahli dalam kalangan kami yang tidak pernah bekerjasama dan bercakap antara satu sama lain, ini adalah peluang terbaik untuk berinteraksi.