Monday, 10 October 2011

TAMAT

Alhamdulillah, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba! Debat dan seminar untuk Project Base Learning tamat! Sebenarnya debat sudah lama habis iaitu dua minggu lepas. Seminar pula minggu lepas. Walaupun persediaan untuk aktiviti-aktiviti sangat banyak dan bukan saya sahaja malah rakan-rakan yang lain pun penat, namun saya berasa sangat seronok. Banyak perkara-perkara baru yang dipelajari. Contohnya, membuat blog. Semasa cuti semester baru-baru ini saya terfikir untuk membuat wordpress dan apabila sudah mempunyai account tersebut, hanya first entry yang dipostkan di situ. Hal ini kerana saya tidak tahu bagaimana hendak menguruskannya. Namun begitu, melalui Project Base Learning ini, saya dapat belajar pelbagai perkara dan rasa-rasanya, saya akan terus menguruskan blog ini walaupun pembelajaran untuk semester ini sudah habis. Selain itu, saya berasa sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan ahli-ahli PhysicGroup01; Hasif (selaku ketua), Hafiz, Tarmimi, Kartika, Munirah dan Vivienne. Walaupun semuanya sibuk dan stress dengan kerja-kerja lain, namun semua ahli sangat komited dalam melaksanakan tugas masing-masing dan kami tetap membuat perbincangan. Semasa perbincangan juga kerap berlaku pertelingkahan pendapat tetapi daripada situ, kita dapat belajar untuk menghormati pandangan orang lain. Melalui kerja berkumpulan, ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Jika sebelum ini ada ahli dalam kalangan kami yang tidak pernah bekerjasama dan bercakap antara satu sama lain, ini adalah peluang terbaik untuk berinteraksi.

No comments:

Post a Comment

cer cite cikit