Monday, 10 October 2011

REFLEKSI DEBAT

Dalam debat kita ada Yang di-Pertua Dewan (Hafiz), penjaga masa (Hasif) dan para pendebat iaitu wakil kerajaan (Tarmimi, Ain) dan wakil pembakang (Hanafi, Hafizah). Sebelum sesi debat bermula, seperti biasa Yang di-Pertua Dewan menerangkan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh pendebat-pendebat.Selepas itu, sesi debat dimulakan oleh wakil kerajaan. Melalui pemerhatian saya, wakil kerajaan lebih menekankan kepada kehabisan petroleum manakala pihak pembangkang pula banyak mengutarakan pandangan mengenai hidroelektrik. Pihak pembangkang bersetuju sekiranyan hidroelektrik dijadikan sebagai pengganti kepada sumber-sumber fosil di Malaysia berbanding tenaga nuklear yang boleh mengeluarkan radiasi. Di samping itu, jika dilihat dari segi lontaran suara dan cara perdebatan mereka, wakil pembangkang yang sepatutnya menang kerana mereka kelihatan lebih yakin. Namun begitu, saya tidak yakin dengan maklumat-maklumat yang disampaikan oleh pendebat pembangkang terutamanya mengenai isu keluasan tapak untuk membina loji nuklear. Menurut sumber-sumber yang saya baca, 100% mengatakan bahawa keluasan tapak untuk membina loji nuklear adalah yang paling kecik jika dibandingkan dengan hidroelektrik, tenaga solar, biomass, biogas dan sebagainya. Bagi wakil kerajaan pula, apa yang boleh saya katakan di sini adalah persediaan mereka kurang dan mereka juga tidak mempunyai fakta-fakta yang boleh membidas info-info yang diberikan oleh pihak lawan terutamanya mengenai hidroelektrik. Tambahan pula, pelbagai karenah daripada ahli dewan juga dapat disaksikan. Sangat melucukan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas kepada semua pendebat-pendebat yang telah bertungkus-lumus mengumpul maklumat untuk debat. Perdebatan anda sangat menarik dan ia adalah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan!

No comments:

Post a Comment

cer cite cikit