Tuesday, 13 September 2011

RENUNGAN

Pada 11 Mac 2011, seluruh dunia dikejutkan dengan berita tsunami yang melanda di Jepun akibat daripada gempa bumi yang berukuran 9.0 skala ritcher. Walaupun banyak nyawa yang terkorban akibat daripada tsunami tersebut namun itu tidak menjadi tajuk perbualan utama dunia. Hal ini kerana ada lagi isu yang lebih membimbangkan, bukan sahaja kepada penduduk Jepun, malah kepada semua penghuni dunia. Perkara ini sudah semestinya berkaitan dengan tenaga nuklear, di mana kebocoran di 'nuclear plants' telah berlaku dan seterusnya memberi pelbagai impak yang negatif. Untuk pengetahuan umum, tenaga nuklear merupakan sumber tenaga utama di Jepun. Berbeza di Malaysia, sumber tenaga utamanya adalah petroleum. Sebagaimana yang diketahui, petroleum merupakan salah satu sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan suatu hari nanti, sudah semestinya kita akan kehabisan petroleum.Jadi, persoalannya di sini, bolehkah tenaga nuklear dijadikan sebagai alternatif bagi menggantikan petroleum dan mampukah tenaga nuklear menjadi sumber tenaga dominan di Malaysia setelah apa yang berlaku di negara Jepun?

No comments:

Post a Comment

cer cite cikit