Sunday, 27 November 2011

Sunday, 20 November 2011

TELAGA MINYAK BARU

Malaysia menemui telaga minyak yang baru iaitu di perairan Sabah. Bukan minyak sahaja yang ditemui malah takungan gas juga. Hal ini menunjukkan Malaysia kaya dengan bahan-bahan fosil. Dengan penemuan telaga minyak dan gas asli ini, adakah Malaysia akan membatalkan usul pembinaan loji nuklear? Adakah harga minyak akan menurun....? Secara jujurnya, saya membantah pembinaan loji nuklear.. antara sebab yang paling membimbangkan adalah masalah radiasi dan serangan terrorist...pokokny di sini NO NUCLEAR POWER PLANT IN MALAYSIA PLEASE!!!

Friday, 18 November 2011

Monday, 24 October 2011

REFLEKSI SEMINAR

SEMINAR!!! Satu perkataan yang membuatkan semua orang gerun..apa 
tidaknya, banyak perkara yang perlu diberi perhatian untuk Seminar Nuklear dan Malaysia: Relevenkah Tenaga Nuklear di Malaysia. Selain itu, banyak juga kekangan-kekangan yang timbul. Contohnya, tempat untuk seminar tersebut. Dewan-dewan yang terdapat di UPSI banyak digunakan untuk peperiksaan bagi pelajar diploma. Nasib baiklah audi utama tidak ditempah lagi. Jadi, bolehlah kami adakan seminar tersebut di audi utama. Tambahan pula, semasa seminar, tidak ramai warga upsi yang datang. Sangat menyedihkan...terima kasih kepada pensyarah yang sanggup mengorbankan waktu P&P nya dengan mengarahkan pelajar-pelajarnya datang ke seminar kami. Namun begitu, ceramah yang diberikan oleh penceramah jemputan sangat menarik dan soalan-soalan yang ditanya oleh peserta-peserta juga sangat mencabar.Jadi di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian yang telah bertungkus-lumus untuk menganjurkan seminar ini. Kalau diimbas kembali, memang banyak sangat kecacatan pada majlis tersebut dan dari situlah kita dapat belajar sesuatu yang sangat berharga walaupun tidak nampak di mata.Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan semuanya...

Monday, 10 October 2011

REFLEKSI DEBAT

Dalam debat kita ada Yang di-Pertua Dewan (Hafiz), penjaga masa (Hasif) dan para pendebat iaitu wakil kerajaan (Tarmimi, Ain) dan wakil pembakang (Hanafi, Hafizah). Sebelum sesi debat bermula, seperti biasa Yang di-Pertua Dewan menerangkan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh pendebat-pendebat.Selepas itu, sesi debat dimulakan oleh wakil kerajaan. Melalui pemerhatian saya, wakil kerajaan lebih menekankan kepada kehabisan petroleum manakala pihak pembangkang pula banyak mengutarakan pandangan mengenai hidroelektrik. Pihak pembangkang bersetuju sekiranyan hidroelektrik dijadikan sebagai pengganti kepada sumber-sumber fosil di Malaysia berbanding tenaga nuklear yang boleh mengeluarkan radiasi. Di samping itu, jika dilihat dari segi lontaran suara dan cara perdebatan mereka, wakil pembangkang yang sepatutnya menang kerana mereka kelihatan lebih yakin. Namun begitu, saya tidak yakin dengan maklumat-maklumat yang disampaikan oleh pendebat pembangkang terutamanya mengenai isu keluasan tapak untuk membina loji nuklear. Menurut sumber-sumber yang saya baca, 100% mengatakan bahawa keluasan tapak untuk membina loji nuklear adalah yang paling kecik jika dibandingkan dengan hidroelektrik, tenaga solar, biomass, biogas dan sebagainya. Bagi wakil kerajaan pula, apa yang boleh saya katakan di sini adalah persediaan mereka kurang dan mereka juga tidak mempunyai fakta-fakta yang boleh membidas info-info yang diberikan oleh pihak lawan terutamanya mengenai hidroelektrik. Tambahan pula, pelbagai karenah daripada ahli dewan juga dapat disaksikan. Sangat melucukan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas kepada semua pendebat-pendebat yang telah bertungkus-lumus mengumpul maklumat untuk debat. Perdebatan anda sangat menarik dan ia adalah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan!

TAMAT

Alhamdulillah, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba! Debat dan seminar untuk Project Base Learning tamat! Sebenarnya debat sudah lama habis iaitu dua minggu lepas. Seminar pula minggu lepas. Walaupun persediaan untuk aktiviti-aktiviti sangat banyak dan bukan saya sahaja malah rakan-rakan yang lain pun penat, namun saya berasa sangat seronok. Banyak perkara-perkara baru yang dipelajari. Contohnya, membuat blog. Semasa cuti semester baru-baru ini saya terfikir untuk membuat wordpress dan apabila sudah mempunyai account tersebut, hanya first entry yang dipostkan di situ. Hal ini kerana saya tidak tahu bagaimana hendak menguruskannya. Namun begitu, melalui Project Base Learning ini, saya dapat belajar pelbagai perkara dan rasa-rasanya, saya akan terus menguruskan blog ini walaupun pembelajaran untuk semester ini sudah habis. Selain itu, saya berasa sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan ahli-ahli PhysicGroup01; Hasif (selaku ketua), Hafiz, Tarmimi, Kartika, Munirah dan Vivienne. Walaupun semuanya sibuk dan stress dengan kerja-kerja lain, namun semua ahli sangat komited dalam melaksanakan tugas masing-masing dan kami tetap membuat perbincangan. Semasa perbincangan juga kerap berlaku pertelingkahan pendapat tetapi daripada situ, kita dapat belajar untuk menghormati pandangan orang lain. Melalui kerja berkumpulan, ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Jika sebelum ini ada ahli dalam kalangan kami yang tidak pernah bekerjasama dan bercakap antara satu sama lain, ini adalah peluang terbaik untuk berinteraksi.

Wednesday, 21 September 2011

How Nuclear Reactors Work

  1. Nuclear fission reactions occur inside the core, producing heat. The control rods (made of boron) control the system by absorbing stray neutrons which in turn slows down the rate of reactions.
  2. The heat from the core is transferred to the water through conduction, which then turns into steam with a temperature of 580°C. 
  3. The pressure of the steam turns the turbine, powering the generator. 
  4. The generator converts the turning motion of the turbine into electrical energy, which now can be injected into the national electricity grid. 
  5. This steam is then cooled by water from the cooling lake which then causes the steam to condense back into water. The cycle then repeats.




*source: http://www.bentan.me/chernobyl/?page=thepowerplant

Nuclear Fission

Nuclear Fission (concept used in nuclear energy)

Nuclear fission is a process where an atom 'split up' and release a huge amount of energy. The most common element used for this process is uranium. Uranium is labelled as unstable because it does not have strong enough bind force to hold the nucleus together.

In a similar way, the unstable atom is made to 'explode' by firing a neutron into the atom. As a result, the atom split up into two new atoms, a number of the neutrons and a lot energy. The energy released is millions of times more that the energy released through the combustion of petrol.



By using the extra neutrons released in the nuclear fission and firing into more unstable atoms, a chain reaction can be setup. This is the key principle behind nuclear power plant and nuclear bombs.


The Most Expensive Accident in the World


CHERNOBYL




















Credit: xxxxxxxxxmbxxxxxxxxx

Definisi yang Tepat

Pendidikan: proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan membangunkan dirinya secara holistik. Pendidikan juga boleh dibahagikan kepada tiga katogeri iaitu pendidikan formal, pendikikan non formal dan pendidikan informal.

  • Pendidikan formal:  pendidikan formal adalah kegiatan yang sistematis, berstruktur, bertingkat, berjenjang, dimulai dengan sekolah dasar sampai dengan perguruan tinggi dan yang setaraf dengannya; termasuk didalamnya adalah kegiatan studi yang berorientasi akademis dan umum, program spesialisasi, dan latihan profesional yang dilaksanakan dalam waktu yang terus menerus (Coombs, 1973)
  • Pendidikan non formal:     setiap kegiatan terorganisasi dan sistematis diluar sistem persekolahan yang mapan, dilakukan secara mandiri atau merupakan bagian penting dari kegiatan yang lebih luas, yang sengaja dilakukan untuk melayani peserta didik tertentu di dalam mencapai tujuan belajarnya (Coombs, 1973)
  • Pendidikan informal: proses yang berlangsung sepanjang usia sehingga setiap orang memperoleh nilai, sikap, pengetahuan dan keterampilan yang bersumber daripada pengalaman hidup, pengaruh lingkungan termasuk pengaruh kehidupan keluarga, hubungan denagn jiran tetangga, lingkungan pekerjaan dan permainan, pasar, perpustakaan dan media massa ( Coombs, 1973)



Pengajaran: tindakan guru secara langsung yang direka bentuk bagi membantu pembelajaran

Pembelajar: proses membina dan mendapat pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian

Instruksi: proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain

Teknologi: set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitaran.

Penaksiran: proses mengumpul maklumat tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan bagi membantu dalam proses membuat keputusan.


*source: http://nie07independent.wordpress.com/konsep-pendidikan-2/

Friday, 16 September 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, setelah perbincangan diadakan selama dua hari berturut-turut, akhirnya soalan soal selidik siap juga. Kalau dilihat dalam perancangan yang diaturkan oleh Dr. Nurul, sepatutnya soalan soal selidik dibuat pada minggu hadapan, tetapi kumpulan kami buat awal sebab banyak lagi perkara yang perlu difikirkan dan takut tidak sempat untuk menganalisis data. Selain itu, dalam perbincangan semalam juga, Kok ada mengatakan bahawa pembinaan loji nuklear di Chernobyl tidak mempunyai lesen. Betul ke? Lets find it out!

Pengajaran, Teknologi dan Pentaksiran

Pengajaran, Teknologi dan Pentaksiran. Tiga perkataan yang nampak sangat ringkas tetapi apabial ditanya apakah maksud perkataan-perkataan tersebut, masing-masing.......dan ada juga yang mengatakan bahawa pentaksiran adalah tafsir atau penilaian. Sebenarnya, pengajaran adalah proses menyampaikan ilmu. Teknolohi pula adalah sesuatu yang boelh memudakhan kehidupan kita dan pentaksiran adalah satu proses mengumpul maklumat/data tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang mereka boleh buat.

Tuesday, 13 September 2011

RENUNGAN

Pada 11 Mac 2011, seluruh dunia dikejutkan dengan berita tsunami yang melanda di Jepun akibat daripada gempa bumi yang berukuran 9.0 skala ritcher. Walaupun banyak nyawa yang terkorban akibat daripada tsunami tersebut namun itu tidak menjadi tajuk perbualan utama dunia. Hal ini kerana ada lagi isu yang lebih membimbangkan, bukan sahaja kepada penduduk Jepun, malah kepada semua penghuni dunia. Perkara ini sudah semestinya berkaitan dengan tenaga nuklear, di mana kebocoran di 'nuclear plants' telah berlaku dan seterusnya memberi pelbagai impak yang negatif. Untuk pengetahuan umum, tenaga nuklear merupakan sumber tenaga utama di Jepun. Berbeza di Malaysia, sumber tenaga utamanya adalah petroleum. Sebagaimana yang diketahui, petroleum merupakan salah satu sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan suatu hari nanti, sudah semestinya kita akan kehabisan petroleum.Jadi, persoalannya di sini, bolehkah tenaga nuklear dijadikan sebagai alternatif bagi menggantikan petroleum dan mampukah tenaga nuklear menjadi sumber tenaga dominan di Malaysia setelah apa yang berlaku di negara Jepun?